The Agency Group Subang Jaya
The Agency Group atau ringkasnya (TAG) adalah sebuah Agensi usahasama antara beberapa Unit Agensi yg bernaung di bawah The Prudential Assurance (M) Bhd dan Prudential BSN Takaful Berhad. Kedua-dua buah syarikat ini adalah sangat kukuh di dalam industri insurans dan takaful di mana Prudential sendiri adalah syarikat penyedia insurans yang terkemuka di Malaysia yang sudah bertapak di Malaysia melebihi 91 tahun. Bank Simpanan Nasional pula adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Sejarah TAG bermula pada bulan oktober 2012 apabila beberapa Unit Agensi dari Cawangan Subang Jaya dan Cawangan Melaka bertemu dan berbincang seterusnya bersetuju untuk mewujudkan satu rangkaian kerjasama yang boleh menghasilkan satu sinergi yang padu untuk membentuk sebuah asas yang kukuh dalam menguruskan agensi di dalam industri insurans dan takaful.
Pelan takaful komprehensif pertama yang menggabungkan perlindungan nyawa dan perubatan untuk 43 penyakit kritikal dan manfaat perubatan, kemasukan hospital, kemalangan serta banyak lagi.
PruBSN WarisanPlus
Memberikan jaminan keselamatan kepada orang tersayang melebihi jangka hayat anda supaya anda boleh menghargai setiap detik dalam hidup bersama mereka sekarang